PENGENALAN
Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui
ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang
tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga
meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga
kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial
yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Terdapat tujuh ciri
dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan
interteks.
Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri
wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua
jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang
dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara dan
pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara
bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara.
Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali
sebagai penanda wacana. Fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan,
penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta
berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana. Penanda wacana
amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan
menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan
perpautan yang lengkap. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa Melayu
terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda
penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran.
DEFINISI
WACANA
Perkataan Wacana adalah padanan perkataan
discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster (1983:522)
bererti hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau
gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu
subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah,
ceramah serta khutbah.
Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993:1484)
bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan
suatu kesatuan. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik
menjadi komponen yang penting bagi wacana.
Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan
bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam
bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi
wacana. Dari segi hierarki tatabahasa, wacana terletak pada darjah yang
tertinggi selepas ayat, seperti yang tergambar dalam rajah berikut:
Perkataan
> Ayat > Klausa > Frasa > Wacana
Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam
sesuatu bahasa. Berdasarkan erti perkataan wacana di atas dapat disimpulkan
bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana
lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa
Melayu sebelum ini. Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap. Ia melebihi
tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks
seperti berikut:
a.
Pendahuluan
b. Tubuh -
isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda
bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
c. Penutup d.
graf, jadual, peta dan statistik. Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk
penulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.
Bagi memperoleh gambaran yang lebih jelas,
definisi wacana telah dihuraikan serta diterangkan oleh beberapa tokoh bahasa
di bawah ini, antaranya ialah:
Asmah Haji Omar (1982:3) menegaskan bahawa wacana
ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan
hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat,
sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog,
siri buku (cerita) dan sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai
satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh
proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati
dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem
daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan
diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat
teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.
Menurut Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam
bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan,
mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu
ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri
buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan
kesatuan bahasa yang lengkap.
Menurut Fokker (1951:4) pula, hubungan
kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan
(verwijzing), kata-kata penghubung (verbindings woorden) dan pengguguran
(ellips). Kesatuan makna dalam wacana seperti yang diterangkan di atas akan
dilihat dari segi makna logik dan makna tautan. Makna tautan inilah yang
merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati
pada suatu ujaran yang membentuk wacana. Stubbs, Michael menyatakan bahawa
wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa.
Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar
daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau
teks-teks tertulis. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah ayat
bagi ujaran.
Harimurti Kridalaksana (1984:204) menyatakan
bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa
merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan
dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, dan
sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.
Anton M. Moeliono (1995:407) mendefinisikan
wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang
serasi di antara kalimat itu. Henry Guntur Tarigan (1987) pula menegaskan
bahawa wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar
di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang
berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara
lisan atau tertulis.
Setelah
dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yang diambil
daripada berbagai-bagai sumber, dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga
perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperoleh dari ahli-ahli
linguistik ataupun penulis. Secara tuntasnya, wacana letaknya lebih tinggi
daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan
fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. Wacana
dicirikan oleh kesinambungan maklumat. Makna kesinambungan di sini adalah
diertikan sebagai kesatuan makna. Terdapat lapan unsur-unsur penting dalam
wacana iaitu satuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur
atau tersusun rapi, berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga
akhir yang nyata.
DEFINISI
RUNTUTAN
Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan
idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu
bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana
sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.
Runtutan menurut Wohl dalam Henry Taringan adalah satu pengaturan secara rapi
kenyataan dan gagasan, fakta dan menjadi suatu untaian yang logik sehingga
mudah memahami isi kenyataannya.
Menurut Sanat Md. Nasir dalam Mohd Rashid Md
Idris (2004) runtutan adalah susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti
kefahaman tentang sesuatu. Secara keseluruhannya runtutan adalah susunan rapi
dan logik-logik idea yang ingin disampaikan bagi memberi kefahaman kepada
penerima.
OBJEKTIF
KAJIAN
Kajian
ini merupakan satu tinjauan yang memberi tumpuan terhadap aspek-aspek runtutan
yang terdapat dalam Hikayat Cik Anggun Cik Tunggal yang dikaji. Sehubungan itu,
kajian ini dijalankan dengan tujuan-tujuan yang berikut :
i. Mengenal
pasti ciri runtutan yang terdapat dalam Hikayat Cerita Cik Anggun Cik Tunggal.
ii. Menganalisis
ciri runtutan berdasarkan Hikayat Cerita Cik Anggun Cik Tunggal menggunakan
ciri-ciri runtutan menurut F.J.D.Angelo.
METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji
menggunakan Hikayat Cerita Anggun Cik Tunggal untuk menganalisis teksnya
melalui analisis runtutan. Buku
Tatabahasa Wacana dan Analisis Wacana digunakan bagi membuat rujukan tentang
model-model yang terlibat. Dalam kajian ini, kaedah kepustakaan digunakan
dengan cara merujuk buku rujukan di perpustakaan bagi mengumpulkan sebanyak
mungkin maklumat-maklumat tertentu sebagai maklumat tambahan untuk dijadikan
perbincangan. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menganalisis ayat-ayat
dalam teks hikayat tersebut menggunakan ciri runtutan berdasarkan model F.J.D’
Angelo.
Bahan-bahan
ini penting kerana menjadi data sekunder bagi kajian ini. Selain itu,
bahan-bahan yang dirujuk tersebut banyak membantu pengkaji dalam mendapatkan
gambaran sebenar tentang kajian yang dilakukan dan perkara ini secara tidak
langsung memudahkan proses pengkajian dijalankan. Di samping itu, pengkaji juga
memanfaatkan sumber rujukan atau bahan-bahan yang dimuat naik di internet
sebagai kaedah atau rujukan tambahan kepada kajian ini. Namun begitu, pengkaji
tidak menggunakan seratus peratus rujukan daripada internet dengan semudahnya
tanpa mengesahkan sumber tersebut terlebih dahulu.
Dalam
kajian ini, pengkaji mengetengahkan Model F.J.D’ Angelo sebagai dasar analisis.
Dengan mengemukakan Model F.J.D’ Angelo ini, analisis kajian akan dikemukakan
dalam dua bentuk, iaitu bentuk kualitatif dan kuantitatif. Kajian analisis secara
kuantitatif melibatkan 150 ayat yang dipilih oleh pengkaji dalam teks hikayat
tersebut. 150 ayat yang dipilih ialah ayat dari permulaan cerita hingga
cukupnya bilangan 150 ayat. Kaedah kualitatif pula melibatkan huraian secara
khusus mengenai ayat-ayat yang terlibat dengan ciri-ciri runtutan berdasarkan
model dipilih. Kajian ini secara jelasnya menunjukkan beberapa ciri runtutan
melalui model F.J Angelo.
Model Runtutan Menurut F.J.D’
Angelo
Tokoh
ini membahagikan runtutan kepada beberapa ciri, iaitu, penambahan, rentetan,
pengulangan, penekanan, pertentangan dan parallel.
i. Penambahan digunakan untuk menambah item
sama ada dalam frasa, ayat atau perenggan.
Sebagai contoh:
Tetamu tidak kira tua dan muda, lelaki dan perempuan juga
kanak-kanak sedang
sibuk menjamu selera.
Perkataan “dan” dan “juga” menunjukkan
penambahan dalam ayat bagi
mewujudkan kesinambungan ideanya.
ii. Pengulangan bermaksud perkataan diulang
beberapa kali untuk menegaskan tajuk yang hendak disampaikan supaya ia
difahami.
Sebagai contoh:
Ibu
bapa
merupakan insan paling penting dalam hidup kita. Ibu bapa perlu disayangi dan dihormati. Hargailah ibu bapa kita.
Ayat di atas
menunjukkan berlakunya pengulangan perkataan “ibu bapa” sebanyak 3 kali.
iii.
Pertentangan pula digunakan untuk
menambah kesan koheren dalam sesuatu teks.
Sebagai contoh:
Dia seorang anak yang nakal, tetapi dia rajin menolong ibu bapanya.
Dalam ayat di atas,
wujud pertentangan melalui perkataan “tetapi” apabila pengarang menunjukkan
watak seseorang yang nakal bertentangan pula sikapnya yang rajin.
iv.
Penekanan pula digunakan untuk
menegaskan sesuatu.
Sebagai contoh:
Sesungguhnya
manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh.
Penekanan boleh dilihat
dalam ayat di atas melalui perkataan “sesungguhnya”.
v. Rentetan pula merupakan penghubung bagi
peristiwa yang belaku secara berturutan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan
secara berperingkat-peringkat.
Sebagai contoh:
Pertama,
masukkan tepung ke dalam mangkuk. Kemudian,
masukkan telur dan gaul. Seterusnya,
masukkan air dan uli sehingga sebati.
Ayat di atas menunjukkan cara
membuat kuih . Penghubung yang digunakan ialah “pertama”, “kemudian” dan
“seterusnya” bagi memberikan kefahaman kepada pembaca.
DAPATAN
KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dalam kajian ini, pengkaji mengetengahkan Model F. J. D’ Angelo
sebagai dasar dalam analisis. Kajian ini secara jelasnya akan melihat beberapa
ciri runtutan melalui model F.J Angelo seperti aditif, rentetan, kata ganti
diri, pengulangan, sinonim, penekanan, perbandingan, pertentangan, contoh,
kesejajaran paralel, lokasi dan waktu berdasarkan Mohd Rashid Md Idris et. al.
dalam Analisis Wacana (2012: 55). Dapatan kajian ini terbahagi kepada dua iaitu
analisis kuantitatif dan analisis kualitatif .Terdapat
beberapa ciri runtutan berdasarkan kepada model yang dikaji, iaitu model F. J.
D’ Angelo. Ciri-ciri runtutan mengikut model ini ialah:
i.
Rentetan
ii.
Pengulangan
iii.
Penekanan
iv.
Pertentangan
v.
Penambahan
Analisis Kualitatif Mengikut Model F. J. D’
Angelo
1)
Runtutan
Pengulangan
Pengulangan
akan berlaku apabila dengan adanya pengulangan sesuatu perkataan tertentu
dengan sebanyak beberapa kali. Hal ini demikian kerana, kebiasaannya berlaku
untuk menunjukkan kepentingan sesuatu maklumat yang ingin disampaikan sehingga memberikan ayat penegasan melalui
pengulangan ayat atau sesuatu perkataan yang diulang–ulang dalam satu ayat yang
sama atau berbeza di mana ia merupakan isi atau unsur yang ditekankan agar
pembaca atau audiens dapat mengingati perkara tersebut. Berikut merupakan
antara pengulangan yang terdapat dalam teks yang di kaji iaitu cerita Anggun
Cik Tunggal.
AYAT
|
CONTOH
AYAT
|
A1
|
Puteri Warna Pinang Masak
|
A2
|
Puteri Warna Pasah Embun
|
A3
|
Puteri Si Mas Manah
|
A4
|
Puteri Gondan Genta
Sari
|
A7
|
Jika direndam tiada
basah
|
A8
|
Jika dibakar tiada
hangus
|
A9
|
Jika dipancung tiada
kena
|
A12
|
Maka, adalah pada
suatu hari baginda semayam di balai penghadapan
|
A13
|
Maka, dengan
takdir Allah Subhanahu wa Ta’la melakukan kudrat kepada hambanya
|
A14
|
Hujung lentik lidah
tanah
|
A15
|
Hujung permatang
minangkabau
|
A18
|
Tujuh hasta bidang
dadanya
|
A19
|
Tujuh cap pokok
lengannya
|
A24
|
Kapal petola kapal
petolai
|
A27
|
Makan kerbau orang di haluan
|
A30
|
Melayangkan surat ke haluan
|
A31
|
Tujuh buah rumah berhala
di dalamnya
|
A32
|
Tujuh buah mahligai di
dalamnya
|
A48
|
Dan mencabutkan
malai – malai di lumpur
|
A49
|
Dan merebahkan
kerbau di padang
|
A50
|
Dan menyapu nyiur
dara di halaman
|
A55
|
Tiang agung angguk
– mengangguk
|
A56
|
Tiang topang imbas
– mengimbas
|
A61
|
Bagai pucuk
dilancarkan
|
A62
|
Bagai kumbang putus
tali
|
A73
|
Pada masa itu, baginda
pun sedang bersemayam di balai penghadapan di atas singgahsana takhta
kerajaan
|
A74
|
Demi baginda mendengar bunyi bedilan itu, maka baginda
pun bertintah
|
A78
|
Maka bertemulah
dengan perdana menteri dan adi johan pahlawan itu.
|
A79
|
Maka perdana menteri
pun segeralah memberi hormat kepada panglima yang keempat itu
|
A110
|
Jikalau takut rasanya akan bahaya daripada kita ini,
hantarkanlah dengan segeranya; kita langgar negeri ini dan kita jadikan
padang jarak padang terkukur.
|
2)
Runtutan Rentetan
Alat penghubung rentetan turut
terdapat dalam ayat ini. Rentetan merupakan penghubung bagi peristiwa berurutan
atau pekerjaan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Ia juga sangat
penting dalam membina kelogikan makna dalam diri pembaca mahupun pendengar
kerana kelogikan makna ini memerlukan penggunanya menggunakan bahasa yang betul
serta menepati kesesuaian teks tersebut. Oleh itu, berdasarkan Hikayat Cerita
Anggun Cik Tunggal dapat di kenal pasti dan diperoleh. Berikut merupakan runtutan
rentetan dalam cerita tersebut:
AYAT
|
CONTOH AYAT
|
A6
|
Sebermula, maka
tersebutlah cerita seorang raja di negeri Teluk Tambang Papan
|
A17
|
Arakian, setelah
didengar oleh Raja Bedurai Putih akan
sembah perdana menterinya itu
|
A40
|
Hatta, Setelah
mustaid sekaliannya, maka perdana
menteri pun pergilah menghadap baginda
|
A43
|
Maka, seketika
lagi dipasang orangnya meriam yang besar – besar sembilan kali di dalam kapal
itu.
|
A63
|
Hatta, sampailah
tujuh hari tujuh malam di dalam hutan itu; masuk kedelapan harinya,…….
|
A70
|
Hatta, seketika lagi
belayar itu sampailah, lalu masuk ke…………
|
A95
|
Arakian, perdana
menteri naik duduk menyembah baginda dengan keempat adi johan pahlawan dan
keempat panglima raja Bedurai Putih……………..
|
A123
|
Arakian, peperangan
itu pun sampailah kedelapan harinya.
|
A150
|
Sebermula, maka
tersebutlah pula cerita Tuan Puteri Gondan Genta Sari dan Tuan Puteri Gondan
Genta Permai
|
Berdasarkan
ayat di atas, dalam hikayat cerita Anggun Cik Tunggal turut mempunyai unsur
rentetan seperti sebermula, arakian, maka dan hatta di mana secara tidak
langsung digunakan untuk menyambung penyusunan sesuatu topik atau ayat tersebut.
3)
Runtutan Penekanan
Ciri runtutan
penekanan digunakan dalam ayat atau percakapan bagi menunjukkan terdapatnya
unsur penegasan. Kebiasaannya, penekanan ini untuk menyatakan betapa pentingnya
maklumat atau isi yang disampaikan. Tambahan pula, unsur penegasan juga
dimasukkan untuk mengelakkan daripada lawan bercakap dalam sesuatu komunikasi
itu hilang fokusnya dan seterusnya input yang ingin disampaikan akan menjadi
tidak sempurna.
AYAT
|
CONTOH AYAT
|
|
A44
|
Maka, sauh
pun dibongkar, buktinya layar pun berkembanglah dan angin pun turun.
|
|
A55
|
Haluannya
menuju harungan yang dalam lagi, malah layar seperti rama –
rama……………
|
|
A76
|
Maka seketika
lagi kelihatan sebuah lancang kuning tetapi datang dari kuala,
|
|
A144
|
Hatta,
setelah didengar oleh baginda bunyi
surat Raja Bedurai Putih itu, maka baginda
pun murkalah, malah tiadalah terkira – kira lagi merah padam mukanya.
|
|
A112
|
Maka, jikalau
tiada kita perbuat…………
|
|
A148
|
Angin pun
berhentilah, buktinya tenanglah gelombang seperti air di dalam kuali
|
|
Berdasarkan contoh
ayat tersebut, secara tidak langsung unsur penekanan dalam cerita Anggun Cik
Tunggal turut menampakkan di mana penggunaan perkataan yang membuatkan unsur
penekanan lebih jelas digambarkan. Penekanan
dapat dilihat pada perkataan ‘’buktinya’’, ‘’lagi’’, ‘’jikalau’’ dan
‘’malah’’.
4)
Runtutan Pertentangan
Pertentangan
digunakan untuk menambahkan lagi koheren dalam sesuatu teks di mana sesuatu
yang berlaku sudah pasti mempunyai pertentangan dengan sesuatu keadaan
tersebut. Dalam pertentangan terdapat beberapa kata hubung yang menjadi tanda
ia sebagai pertentangan. Berikut merupakan contoh ayat pertentangan yang
terdapat dalam teks:
AYAT
|
CONTOH AYAT
|
A76
|
Selang tiada
beberapa lamanya sampailah ke jambatan larangan, sebaliknya bersiap hendak
turun ke bahtera kenaikan baginda itu.
|
A112
|
Maka, jikalau
tiada kita perbuat seperti titah kita
ini, tapi demi berhala besar
dan berhala kecil
|
A142
|
Maka kapal
petolo kapal petolai pun berpalinglah haluannya , sebaliknya menuju ke
lautan yang dalam arus yang deras
|
Berdasarkan ayat di atas secara tidak langsung menunjukkan
pertentangan melalui perkataan ‘’sebaliknya’’ dan ‘’tapi’’ digunakan untuk
memberi kefahaman yang lebih lagi kepada penerima mengenai penggunaan ayat –
ayat tersebut.
5)
Runtutan
Penambahan
Unsur
penambahan turut digunakan dalam cerita Cik Anggun Cik Tunggal kerana untuk
menyesuaikan dengan keadaan untuk menyampaikan mesej kepada semua. Penambahan
juga digunakan untuk menambah sesuatu item dalam frasa, ayat dan perenggan.
AYAT
|
CONTOH
AYAT
|
A6
|
banyak negeri yang takhluk kepadanya cukup lengkap dengan kota
paritnya dan alat senjata, serta pula menteri, hulubalang
|
A67
|
Yang tiada mabuk hanyalah seorang jurubatu dan seorang
jurumudi yang melayarkan kapal itu.
|
A74
|
………….. mahupun musuh mana yang akan datang, angkatan mana
yang akan tiba.
|
A124
|
Dan disuruh
tangkap rajanya dan ditawani sekalian perempuan serta dengan
tuan puteri dayang – dayang sekaliannya.
|
A125
|
Lalu turun ke sampan tundanya pula berdayung………………
|
A126
|
Maka banyaklah masing – masing beroleh rampasan dan tertawanlah.
|
A148
|
….baharulah Raja Bedurai Putih sedarkan dirinya serta
betitah hendak santap, kerana adapun adatnya santap sebulan sekali,…………….
|
Berdasarkan contoh di atas, terdapat penggunaan perkataan
penghubung tambahan seperti dan, pula, mahupun dan serta. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa penambahan pada ayat tersebut telah memberikan kesan
yang penting kepada pembaca untuk lebih memahami sesuatu ayat.
Analisis Kuantitatif Mengikut Model F. J.
D’ Angelo
Cerita lipur lara Cik Anggun Tunggal ini telah kami pilih
berdasarkan ayat-ayat dalam karya
agung tersebut. Sebanyak 150 ayat telah kami gunakan. Berikut
merupakan hasil dapatan:
Runtutan
|
Bil
|
Taburan ayat
|
Jumlah (%)
|
Pengulangan
|
29
|
A1,A2,A3,A4,A7,A8,
A9,A12,A13,A14,A15,A18
,A19,A24,A27,A30,A31
A32,A48,A49,A50,A55,A61,A62,A73,A74,A78,A79,A110
|
50.87
|
Rentetan
|
9
|
A6,A17,A40,A43,A63,A70,A95,A123,A150
|
15.78
|
Penekanan
|
9
|
A6,A17,A40,A43,A63,A70,A95,A123,A150
|
15.78
|
Pertentangan
|
3
|
A76,A112, A142
|
5.26
|
Penambahan
|
7
|
A6,A67,A74,A124,A125,A126,A148
|
12.28
|
Jumlah
|
57
|
57
|
100
|
Graf
carta pai diatas merupakan hasil daripada jadual yang diperoleh berdasarkan analisis
yang dilakukan. Dapat dilihat, terdapat 57 ayat yang terlibat dengan kajian
yang dijalankan berdasarkan model F. J. D’Angelo. Peratusan yang paling tinggi
ialah pengulangan di mana jumlah keseluruhan ayat sebanyak 29 ayat. Jumlah ini
mengalami kekerapan yang paling tinggi kerana wujudnya pengulangan dalam bentuk
pengulangan sesuatu kata. Berikut pengulangan yang jelas lebih daripada satu
ayat:
A1
|
Puteri Warna Pinang Masak
|
A2
|
Puteri Warna Pasah Embun
|
A3
|
Puteri Si Mas Manah
|
A4
|
Puteri Gondan Genta
Sari
|
Seterusnya
peratus kedua tertinggi melibatkan runtutan rentetan dan penekanan. Jumlah kedua-dua
runtutan ini mengalami peratusan yang sama iaitu 15.78 %. Manakala jumlah yang paling
rendah iaitu sebanyak tiga ayat iaitu runtutan pertentangan sebanyak 5. 26%.
Secara keseluruhan dapat dilihat bahawa jumlah yang ketara antara runtutan
utama yang menjadi pilihan penulis dalam
menyampaikan karya mereka. Faktor-faktor runtutan pengulangan menjadi pilihan
utama kerana penulis tidak menggunakan kata ganti lain sebagai penggantian.
KESIMPULAN
Secara
keseluruhannya, runtutan memperlihatkan susunan yang utuh bagi sesuatu idea
untuk menimbulkan kesan makna dalam diri pembaca. Makna ini memainkan peranan
yang penting bagi memberi kefahaman terhadap apa yang cuba disampaikan supaya
komunikasi yang disampaikan sama ada lisan atau tulisan dapat difahami. Kesan
makna ini amat diperlukan kerana akan menjadikan sesebuah idea difahami oleh
pembaca sehingga wujudnya kesan kelogikan makna. Sesuatu karya tanpa runtutan
akan menjejaskan kefahaman pembaca.
BIBLIOGRAFI
Raminah
Hj. Sabran & Rahim Syam (1985). Kajian
Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan.
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd
Rashid Md Idris et. Al (2012). Analisis
Wacana: Berdasarkan Teks Komsas Terpilih.
Tanjong
Malim: Emeritus Publications.
Mohd
Rashid Md Idris et.al (2012). Tatabahasa
Wacana. Tanjong Malim: Emeritus
Publications.
Pawang
Ana & Raja Haji Yahya (2016). Hikayat
Anggun Cik Tunggal. Kuala Lumpur:
Dewan
Bahasa dan Pustaka.

