Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna. Runtutan menurut Wohl dalam Henry Taringan adalah satu pengaturan secara rapi kenyataan dan gagasan, fakta dan menjadi suatu untaian yang logik sehingga mudah memahami isi kenyataannya.
Menurut Sanat Md. Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) runtutan adalah susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman tentang sesuatu. Secara keseluruhannya runtutan adalah susunan rapi dan logik-logik idea yang ingin disampaikan bagi memberi kefahaman kepada penerima.



0 comments:
Post a Comment